Kalau anda memang sukakan aktiviti outdoor yang mencabar seperi berbasikal, berkayak dan mendaki apa kata saya cadangkan untuk turut serta dalam 8 aktiviti yang luar biasa yang mencabar adrenaline anda. Barulah anda tahu tahap ketahan mental dan fizikal anda. Kalau anda sukakan kepuasan dan keseronokan anda patut cuba 8 aktiviti CRAZY ini.
1.Nevis Swing- Queenstown, New Zealand
Buaian dunia terbesar dan merupakana satu keseronokan terkini Queenstown, yang terletak bersebelahan dengan Nevis Bungy. Buatlah apa gaya yang anda inginkan ke hadapan, ke belakang, bersendirian atau dengan rakan, anda akan digantung tinggi di atas lantai lembah sebelum dibebaskan! Rasa macam buian tapi buain yang lebih besar yang tak pernah anda rasai.
Alamat: 25 Shotover St Crn of Shotover and, Camp St, Queenstown 9300, New Zealand
Tel. : +64 3-450 1300
Waktu Operasi: 8:00 AM - 7:30 PM Everyday
Website: www.bungy.co.nz
Facebook: AJ Hackett Bungy Queenstown
2. Sand Dunes di Mui Ne, VietnamTel. : +64 3-450 1300
Waktu Operasi: 8:00 AM - 7:30 PM Everyday
Website: www.bungy.co.nz
Facebook: AJ Hackett Bungy Queenstown
Mui Ne terkenal dengan bukit pasir kemerahan yang sangat besar. Bentuk yang cantik dan beralun berpunca dari tiupan angin yang kuat dari laut yang berhampiran menjadikan nya cantik seperti Gurun Sahara. Di Mui Ne ada 2 jenis bukit pasir iaitu Red Sand Dunes dan White Sand Dunes. Kedua-duanya terletak di tempat yang berbeza. Ramai yang cadangkan untuk mencuba White Sand Dunes.
Apa yang bestnya anda boleh meluncur bukit pasir itu dan mengawal plastik yang menjadi papan luncur itu. Anda juga boleh cuba kereta buggie dan quad bike yang lebih santai. Inilah masanya untuk anda keluarkan peluh dari liang roma anda tu! Hati-hati jangan sampai tersembam ya!
Facebook: White Sand Dunes Mui Ne
Tips: Anda perlu ambil bas dengan perjalanan 4 jam dari bandar Ho Chi Minh ke Mui Ne hanya spend $6 seorang. Anda boleh juga ambil keretapi dan turun di Phan Tiet, dari situ anda boleh ambil teksi ke Mui Ne.
3. G-Max di Kalibo, Boracay
Permainan ini berlangsung selama lapan 8 minit. Tetapi lonjakan adrenalin adalah kira-kira satu 1 minit. Siapa yang tak teras adrenalin melonjak apabila dibuang di udara antara 50 dan 60 kaki dengan kelajuan 200 kilometer sejam? Anda boleh pilih untuk naik single atau triplet tapi harga adalah Php 1500 setiap orang. Tapi kalau nak rakam video akan dikenakan caj tambahan. Macam mana? Challenge accepted?
Tel: +63 998 852 2836
Facebook: G-Max Reverse Bungy Philipine
Tips: Ambil penerbangan ke Kalibo dengan AirAsia (4 kali seminggu) dengan 4 jam penerbangan, ambil van ke Caticlan Port Jetty 2 jam perjalanan dan 15 minit dengan speed boat ke Cagban Port Jetty dan ambil tuk-tuk atau van ke Station 3. Tambang dari Kalibo ke Cagban Port Jetty 250 Peso (sehala) dengan van dan bot laju, dan dari Cagban Port ke Station 3 dalam 100 Peso.
4.Edge Coaster Ride di Cebu, Philippines
Hiburan unik ini adalah yang satunya yang ada di dunia, dengan Coaster Edge yang anda akan dibawa mengeliling bangunana dalam keadaan codong pada sudut 55 darjah mengikut laluan seperti track keretapi. Terletak di atas di menara Crown Regency Hotel & Towers tingkat ke-38, anda boleh memanjakan diri dengan panorama menakjubkan keseluruhan Cebu dengan landskap 130,84 meter dari atas tanah. Ada sesiapa yang nak cabar arophobia mereka?
Tel.: (032) 418 - 8888 / (032) 418 - 7777
Website: www.skyexperienceadventure.com
Facebook: Sky Experience Adventure
Tips: Dapatkan flight Airasia ke Mactan-Cebu Airport ($123) dan ambil taxi ke Crown Regency Hotel dengan tambang lebih kurang 313 peso dalam masa 30 minit.
5.Rock Climbing di Krabi
Mereka yang biasa dan suka dengan aktiviti memanjat bukit boleh cuba aktiviti ini di Krabi. Bukit-bukit batu kapur yang dihiasi panorama pantai dan pulau yang sangat indah. Merupakan antara destinasi aktiviti 'rock climbing' dunia, arena yang lengkap dengan menggunakan greding Peranchis yang terdiri daripada 5a untuk beginner dan clasic multipitch 6a sehingga ekstrim 8c memang cukup di sini untuk goyangkan mana-mana pendaki.
Tiga jenis course yang sedia ada
Three Days Climbing Course, One Day Course and Halfday Course
Ada tiga jenis climbing - Top Rope Climbing, Lead Climbing and Rappelling.
Kalau nak buat booking, boleh pergi dekat mana-mana ejen untuk booking. Pandai-pandailah cari offer yang lebih murah.
Harga: 1000 THB (Halfday) & 1800 THB (Fullday).
Ambil flight AirAsia dari Kuala Lumpur ke Krabi.
Dari Krabi boleh ambil tuk-tuk atau teksi ke Ao Na Mao Jetty yang terletak 10 minit dari bandar Ao Nang. Dari situ naik bot panjang ke Railay Beach.
Tel. : +66 95 028 3143Website: www.railayrockclimbingshop.com
Tips: Kalau nak sampai puncak pastikan diri anda ada stamina untuk mendaki sampai ke puncak kalau tidak rugi tak dapat tengok view yang indah dari atas bukit itu.
6. Skydiving- Langkawi & Auckland
Ada sesiapa berani terjun dari ketinggian beribu kaki sambil melihat pemandangan Pulau Langkawi? Istimewanya disini anda boleh lakukan aktiviti sebaik sahaja turun dari lapangan terbang antarabangsa Langkawi. Jatuh bebas dalam masa 30 saat pada kelajuan 240 km/jam dan mendarat di pantai Tanjung Rhu kalau ada peluag anda akan diberikan kebenaran untuk mengawal payung terjun tersebut. Jangan risau semua yang Instructor adalah terlatih dan berpengalaman lebih dari 35,000 kali jatuhan dengan pensijilan dari Australian Parachute Federation.
Address: Office 7 Lot 35 Komplek ABZ Jalan Airport, 07100 Padang Matsirat, Kedah, Malaysia
Phone: +60 12-314 6162
Waktu Operasi · 9AM–5:30PM
Kalau anda enjoy cabaran ini, anda boleh juga cuba skydiving di Auckland New Zealand sambil mencuci mata dengan dengan keindahan New Zealand yang memang tidak boleh dipertikaikan. Pemandangan yang indah di sana, bisa buat saya teringat dengan Trilogy Lord Of The Ring.
7.Revenge of The Mummy, Universal Studio Singapore
Anda berani mencabar tentera mumia dalam roller coaster berkelajuan tinggi dan diserang dengan segala jenis tentera Mumia seperti kumbang dan mummy masih berbalut kain putih? Jom selamatkan diri anda dari sumpahan Imhotep, itupun kalau anda ada keberanian. Kalau anda ada masalah jantung, permainan ini bukan untuk anda! Jom tengok video pengalaman mereka yang pernah melaluinya.
Biasanya Universal Studio pack dengan orang. Admin recommend untuk beli Express kalau betul betul nak ke sana, Dengan Express ini, boleh jimat banyak masa tanpa nak baris dan rebut dengan orang ramai.
Maklumat lanjut di www.rwsentosa.com8.Tower of Terror, Dreamworld Gold Coast
Dalam banyak-banyak aktiviti saya rasa ini yang paling mencabar! Sebabnya bayangkan anda dibiarkan jatuh bebas secara 100 meter vertikal dengan kelajuan 161 km (100 batu sejam) pada kadar 4.5G dalam masa 6.5 saat. Sudahlah masa nak naik ke puncak tu dalam keadaan reverse pada kelajuan yang tinggi. Sudah tentu trek berukuran 330 meter ini bisa mencabar keberanian anda!
Memang aktiviti-aktiviti yang mencabar ini adanya sedikit risiko. Tetapi jangan khuatir bagi mereka yang inginkan travel yang lebih selamat boleh dapatkan Tune Protect sebagai jaminan perlindungan perjalanan anda sekiranya betempur dengan sedikit kesilapan atau incident yang tidak dikehendaki. Anda boleh dapatkan servis ini semasa membuat tempahan tiket atau boleh lihat di Manage My Booking dan boleh digunakan untuk perjalanan domestik atau tempatan.
Dapatkan Perlindungan di Sini!
Semasa membuat tempahan sebik sahaja anda lengkapkan butiran penumpang anda boleh tick pada bahagian "Ya, saya mahu membeli Perlindungan Perjalanan AirAsia untuk semua yang layak" untuk menikmati perlindungan tersebut! Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan manafaat yang mereka berikan di Sini.
Baiklah saya ingin pergi check my details untuk pastikan semua maklumat saya betul sebelum booking tiket. Takut-takut ada butiran yang tertinggal pula. Barulah rasa tenang bila nak travel jauh-jauh.