8 Makanan Laut Ini Tidak Sabar Menanti Lidah Anda Merasanya!


Kalau di Malaysia, menu biasa yang berasakan ayam, daging atau ikan memang tidak menjadi masalah untuk kita dapatkan dimana-mana restoran atau hotel. Tetapi ada beberapa hidangan ini memang mewah dan jarang dijumpai hanya ada di beberapa tempat tertentu sahaja. Mari kita buka mata, kosongkan perut dan nikmati beberapa hidangan ini satu persatu.

Snow Crab Sapporo 

Image via www.tkgourmet.com
Snow Crab atau ketam lelabah biasanya ditangkap ke utara sehingga ke Lautan Artik, dari Newfoundland ke Greenland dan utara Norway di Lautan Atlantik, dan merentasi Lautan Pasifik, termasuk Laut Jepun, Laut Bering, Teluk Alaska, Norton Sound.  Disebabkan ia tinggal di laut sejuk sebab itu ia dinamakan Snow Crab. Dagingnya memang terkenal dengan kemanisan dan isi yang padat walaupun kulit luarnya yang keras. Anda kena pecahkan untuk menikmatinya. Kalau anda datang ke Sapporo, Jepun jangan lupa cari Snow Crab ni ya!

Udang Kara  Kota Kinabalu

Image via www.houstonpress.com
Kota Kinabalu memang terkenal dengan perusahaan udang kara air tawar.  Anda boleh merasai udang kara di banyak restoran-restoran makanan laut yang terdapat disitu. Harganya memang berbaloi dan memandangkan ia di ternak dikawasan berhampiran. Kalau di tempat lain confirm RM100-RM300 sekilo. Kalau anda bercuti di Kinabalu bolehlah mencuba undang kara ini!

Sotong Hidup di Busan



Di Korea ia di panggil Sannakji atau hoe sannakji, iaitu hidangan mentah, dalam masakan Korea. Ia terdiri daripada nakji, sotong kecil yang telah dipotong kepada kepingan kecil ketika masih hidup dan dihidangkan dengan segera, biasanya  dimasinkan dengan bijan dan minyak bijan. Keping nakji biasanya masih bergerak-gerak didalam pinggan apabila dihidangkan. Ia juga boleh dihidangkan secara keseluruhan, biasanya sotong kecil. Pergerakan sotong ini disebabkan sesungut yang masih berfungsi lagi. Bila anda makan pastikan kunyah ya, jangan ditelan begitu! Mari layan video ini dahulu.Tengok lepas ni anda berani makan atau tidak

Tuna dari Maldives

Image vai en.paperblog.com 

Disebabkan kedudukan Maldives di tengah lautan, aktiviti menangkap ikan mejadi salah satu sumber pendapatan utama sebelum diambil alih oleh pelancong. salah satu hasil tangkapan yang banyak adalah ikan tuna. Kalau anda bercuti disana anda boleh cuba pelbagai resepi authentik tuna.

Boleh cuba 18 Resepi Ikan Tuna.

Oyster di Perth 

Image via blackpearloystershuckingperth.com.au
Di Perth anda boleh dapatkan tiram yang segar bugar dari restoran-restoran utama.  Cara yang terbaik untuk anda makan tiram adalah dengan gunakan garpu untuk mencungkil sedikit tiram itu supaya mudah tertanggal. Selepas itu penggang cengkerangnya dengan tangan dan sedut isinya dan buat sedikit kunyahan. Ada yang suka dengan perahkan sedikit lemon untuk hilangkan bau hanyir. Siapa yang memang penyedut tiram bolehlah turut serta ke Perth untuk merasai pengalaman berbeza.

Ikan Salmon Tokyo, Japan

Image via canyoufreeze.com

Ikan salmon memang terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri, apatah lagi ia kaya dengan protin dan Omega 3. Disebabkan itu ia memang dimainati ramai oleh rakyat Jepun, untuk menu mentah anda boleh cuba sushi salmon yang di perisakan. Atau boleh dapatkan salmon  grilled dengan sos istimewa. Kalau pergi ke Tokyo jangan lupa merasa ikan salmon ni ya!

Gigi Sotong Dan Kerang Laut Ho Chi Minh

Image via www.vietnamesefood.com.vn
Ini satu lagi menu pelik yang anda tak pernah temui iaitu gigi sotong yang diperap dicelup tepung dan digoreng dalam 2 minit. Dan bila dihidangkan anda boleh makan dengan sos istimewa atau dimakan begitu sahaja. Di Vietnam ia dipanggil Rang Muc (gigi sotong celup tepung) Ada juga yang memasaknya secara panggang dan dimakan ketika masih panas lagi. Hanya di Ho Chi Minh. Jangan lupa menu ini hanya boleh didapati di restoran tradisional vietnam!

Image via www.ferretingoutthefun.com
Anda juga boleh dapatkan siput laut yang segar biasanya dipanggang kosong atau dengan butter. Atau boleh juga di masak dengan santan atau sos pedas.

Ketam Sri Lanka

Image via www.reztguru.com
Ketam merupakan salah satu penyumbang utama dalam industri perikanan Sri Lanka dan kebanyakannya di eksport ke luar negara. Disebabkan itu mereka tidak menghadapai masalah untuk mendapatkan bekalan ketam yang segar dari ladang. Di Sri Lanka Ministry Of Crab selalu dipuji oleh para pelancung disebabkan keenakan sajian mereka. Kalau anda pergi ke Colombo jangan lupa datang ke Ministry Of Crab!

Kalau travel jauh-jauh sudah tentu perut anda lapar kan? Jangan takut AirAsia menyediakan inflight meals. Anda perlu masukkan ketika membuat tempahan, sudah tentu kalau anda sebagai ahli AirAsia Big, anda boleh buat penjimatan dengan menebusnya dari mata ganjaran.

Anda bjuga oleh buat  pre-book 24 jam sebelum berlepas  di "Manage My Booking" Terbang dengan penuh keselesaan dan nikmati lebih penjimatan.Alami keselesaan di rumah di paras 35,000 kaki. Yang paling penting ia adalah Halal!

Anda Boleh Pilih Hidangan Yang Anda Suka!

Blog Archive