8 Hotel Dengan Kolam Mandi Infiniti Paling Seksi Di Asia!

Kalau anda menidam ke tempat percutian mewah sambil bersantai-santai untuk bebaskan tekanan kerja, anda patut cuba beberapa resort dan hotel mewah ini. Yang pasti menjanjikan anda segar dan mendapat rihat secukupnya nanti. Mereka yang mencari lokasi untuk berbulan madu juga boleh memilih destinasi ini mengikut citarasa masing-masing. Mari kita cuba berkayal berenang-renang ke semua kolam mandi infinity ini yang cukut indah! Bah pepatah, mabil feel dulu sebelum memilih tempat idaman anda. Ikutllah admin

1. Songsa Cambodia
Resort mewah ini terletak di pulau persendirian di Teluk Thailand dan lebih kurang 1 km dari Pulau Koh Rong. Jika anda megambil full pakej pihak hotel menyediakan pick up transport di setiap lokasi lapangan terbang di Cambodia. Anda boleh bersantai di kolam anda sendiri tanpa sebarang ganguan. Bayangkan duduk didalam kolam itu sambil menghadap pemandangan laut yang mendamaikan dan bila lapar boleh order dan pihak hotel akan serve privately ke villa kita sendiri. Hotel ini juga memenangi anugerah "2016 BRIDES Best Honeymoons Award" untuk Top Resort di Asia, Australia, New Zealand" cukup membuatkan kita yakin dengan servis yang diberikan mereka.
Tel: +855 23 989 012
Website: songsaa.com

2. Velasaru Maldives
Dengan menaiki bot laju anda boleh sampai di Velassaru lebih kurang 25 minit sahaja dari Lapangan Antarabangsa Ibrahim Nasir, Maldives. Resort pulau mewah ini anda boleh lengkap dengan semua kemudahan seperiti dek bot persendirian dan sesetengahnya terletak diatas air. Bila perut kosong anda boleh penuhkan dengan 5 restoran yang menjamukan pelbagai citarasa samada dari Jepun, Asian, Europe, Mediternean atau Maldivian. jangan lupa mereka juga memiliki kolam mandi infiniti yang tak kurang hebatnya terpulang jenis penginapan yang anda inginkan.
Alamat: Velassaru, 08350, Maldives
Tel: +960 665 6100
Website: www.velassaru.com
Facebook: velassaru

3. A La Carte Danang, Vietnam
Hotel mewah ini terletak lebih kurang 3 km daripada Dragon Bridge atau Cham Sculpture. Terletak di tepian pantai Da Nang disepanjang Timur Laut Vietnam. Yang bestnya disini menawarkan kolam mandi infiniti diatas bumbung dengan pemandangan laut dan memiliki spa dan pusat kesihatan sekiranya anda memerlukan untuk beriadah atau memanjakan diri anda.
Alamat: Duong Dinh Nghe, Phuoc My, Son Tra, Da Nang, Vietnam
Tel.: +84 (0) 511 3959555
Website: Alacarteliving.comFacebook: Alacarteliving
Tips: Ini ada satu rahsia. Bila anda datang ke salah satu dining outlet mereka dengan pakaian berjalur warna logo mereka anda akan dapat diskaun 10%.

4. Banyan Tree Bali
Terletak di tebing yang menghadap ke pantai dan Lautan Hindi, resort mewah ini hanya 5 km dari arca Hindu taman Garuda Wisnu Kancana dan 13 km dari kuil Pura Luhur Uluwatu.
Villa mewah dengan pemandangan taman atau laut menawarkan Wi-Fi percuma, TV skrin rata dan kolam renang infiniti peribadi.
  
Alamat: Jl. Melasti, Banjar Kelod Ungasan, Bali 80364 Indonesia
Tel.: +62 361 300 7000
Website: www.banyantree.com
Facebook: Banyan Tree Ungasan Resort-Bali
Tips: Kalau anda buat tempahan awal sekurangnya 14 hari, anda akan dapat diskaun 40% kalau 7 hari awal dapat 20% diskaun.

5 Paresa Resort, Phuket
Dikelilingi oleh pokok-pokok di pantai Laut Andaman, hotel mewah ini terletak 6 km dari Pantai Kamala. Ada sarapan percuma, serta restoran Itali dan Thailand yang berhadapan dengan pemandangan laut. Kemudahan lain termasuk spa dan gimnasium.
Melihat pemandangan kolam infiniti waktu malam ini buatkan saya terbuai-buai disana, tempat ini memang sentisa tenang dan sunyi dari hiruk pikuk. Ramai juga yang ambil pakej perkahwinan disini.
Alamat: 49 Moo 6 Layi - Nakalay rd, Kamala, Phuket 83150, Thailand
Tel.: +6676302000
Website: paresaresorts.com
Facebook: paresaresorts
Tips: Kalau ada suka lakukan aktiviti luar sebaiknya dapatkan kereta sewa, bandar terdekat Pa Tong Beach mengambil masa 30 minit untuk sampai kesana.

6. Fotress Resort and Spa,  Sri Lanka

Sebuah hotel dibentuk dalam gaya kubu , The Fortress Resort and Spa terletak di tengah-tengah Koggala, sebuah bandar memancing terkenal ditemui di sepanjang pantai selatan Sri Lanka. Tersergam di sebelah pantai, dinding tempat peranginan disertakan taman-taman yang menghijau dan bercirikan air, spa yang menawarkan rawatan gaya Ayurveda, kolam renang Freeflow, restoran, butik dan bilik-indah, loteng dan kediaman.Seni bina di resort ini mengikut gaya lama Belanda dan Portugis dengan motif Sri Lanka untuk menawarkan pengalaman resort yang unik.
Alamat: Koggala, Habaraduwa, Galle 80000, Sri Lanka
Tel.: +94 91 4 389400Website: www.fortressresortandspa.com
Facebook: fortressresortandspa
Tips:Mereka juga ada tawarkan beberapa pakej yang menarik seperti Romantic Traveller, atau Adventurous Traveller. Indulgent Traveller dan Savvy Traveller. Dengan pakej anda boleh dapat lebih murah berbanding jika anda cari sendiri. Contoh paling mudah bila anda pilih Savvy anda akan akan berkongsi kolam infinit berbanding dengan kolam persendirian dan aktiviti hotel yang bersesuaian.

7. Shangrila, Cebu
Tempat peranginan pantai mewah ini terletak 8 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu dan 18 km dari pusat bandar Cebu.
Kemudahan-kemudahan termasuk spa mewah, 2 kolam renang luaran, 6 restoran (di mana anak-anak 11 dan ke bawah makan percuma) dan 2 bar. Terdapat juga padang golf 6-lubang, gelanggang tenis dan bilik senaman, ditambah mini-golf dan kawasan permainan kanak-kanak yang tertutup. Kalau anda peminat golf anda patut datang ke sini!
Alamat: Punta Engaño Road, Lapu-Lapu, 6015 Cebu, Philippines
Tel.: +63 32 231 0288
Website: www.shangri-la.com/Cebu
Facebook: Shangrila Cebu

8.Four Seasons, Hangzhou
Dalam taman-taman yang penuh dengan hiasan di tebing indah Tasik Barat, hotel mewah ini hanya 5 km dari kedua-dua Pagoda Leifeng 5 tingkat, dan gua patung-patung Feilai Peak.
Hiasan dalaman kombinasi antik dan modern, ditambah dengan keindahan taman persendirian dan kolam mandi yang mengasyikkan memangil-mangil untuk kita mandi didalamnya.
Alamat: Four Seasons Hotel West Lake Parking Lot, 5 Lingyin Rd, Xihu, Hangzhou, Zhejiang, China, 310013
Tel.: +86 571 8829 8888
Website: www.fourseasons.com
Facebook: fourseasons
Tips: Apps Four Season Hotel memang memudahkan anda untuk membuat tempahan secara online, juga dapatkan cadangan kemudahan percutian di sekitar hotel,tempahan makan malam di dalam bilik dan tempahan terus kemudahan spa.

Inginkan Penjimatan?
Macam mana? seronok tak? Walaupun resort dan hotel-hotel mewah ini mahal sudah tentu anda inginkan penjimatan kalau boleh. betul tak? Sebenarnya anda boleh membuat penjimatan dengan mengambil Value Pack.
Dengan Value Pack anda boleh buat banyak penjimatan dengan mengambilnya secara bundle, dimana didatangkan dengan bagasi 20 kg, 1 meal dan pemilihan seat standard (kecuali hot seat). Disini anda boleh buat penjimatan. Lagi banyak anda jimat lagi banyak anda boleh gunakan untuk aktiviti lain. Menarik bukan? Untuk maklumat lanjut anda boleh klik Value Pack.


Kan dah tak sabar sabar nak terjun ke Infiniti Pool yang awesome ni. Tempahlah ticket anda bersama AirAsia dengan promosi dari harga serendah RM8 sahaja.

Blog Archive