1.Hyderabadi Biryani
Bila sebut sahaja nasi briyani hydrebad sudah tentu anda akan terbayang dengan nasi yang dimasak dengan beras basmathi yang panjang dan lembut dengan daging kambing lembut dan berjus dan diadun cukup sempurna dengan rempah ratusnya! Memang enak dimakan begitu sahaja.
Cafe Bahar memang terkenal dalam menyajikan nasi briyani hydrebad yang asli. Nasi dari beras basmathi yang bermutu tinggi, dimasak dengan lembut dengan rempah yang sempurna sehingga menerbit aroma yang kuat and harum menginginkan anda ke situ.
Website: CafeBahar
Facebook: Cafe Bahar Hydrebad
2.Yangrou Paomo Xian
Antara menu yang anda boleh rasa masakan asli Xian seperti yangrou paomo atau roti pita yang dimasukkan kedalam sup kambing dengan aroma yang lazat dan rempah istimewa. Memang terasa aroma yang menarik saya sekali. Yang saya boleh cakap ini memang asli Okey! Antara menu lain yang anda boleh cuba seperti Liangpi (mee sejuk), fenzhengrou dan roujiamo (burger daging Xian).
Anda boleh pergi ke Xinjiang Uyghur Cuisine yang biasa menyajikan makanan berbentuk sup dan mee. Tambahan pula ia terletak berhampiran dengan masjid.
Waktu Operasi: 11:00 to 21:00
3.Guangzhou Dim Sum
Memang nama dia Dim Sum tapi di Guangzhou mereka mengantikan 'pork' dengan ayam, daging lembu atau kambing untuk memastikannya boleh dimakan oleh orang Islam, dan paling best ramuan tradisi yang asli memang tak tertanding. Kalau anda yang pernah ke Guangzhou sudah tentu tahu memang tiada masalah untuk mencari makanan halal disini. Tahukah anda makam sahabat Nabi iaitu Saad bin Abi Waqas r.a terletak disini.
Waktu Operasi : 9:00 - 21:00 Everyday
Facebook: Wuyang Huimin Restaurant
Tips: Ambil Metro Guangzhou Train Line 1 turun di Ximen Kou, Exit A.
4.Halal Bun Cha di Hanoi
Kalau anda nak cuba Vietnam cuisine seperti Bun Cha, Pho Ga, Cha Ca, Nem (spring rolls), Nem Cuon (fresh rolls), Bun Thang boleh cuba di Sunway Hotel Vietnam. Sudah tentu ia disediakan dengan bahan-bahan yang halal dan segar. Bun Cha seperti daging panggang yang dimakan bersama meehoon putih bersama sayuran herba dan sos istimewa. Mendengarnya sahaja sudah boleh membuat air liur saya meleleh. Sunway Hotel Vietnam patut menjadi pilihan anda untuk mencuba resepi ini. Boleh cuci mata dahulu di website untuk dapatkan kepastian, sebaliknya ia akan buat anda rasa lapar!
Waktu Operasi: Makan Tengah hari – 11:30am – 2.30pm, Dinner – 6:00pm – 11:00pm
Website: sunwayhotelhanoi.com
Harga:
Mains cost lebih kurang 120,000 VND – 350,000 VND.
Lunch dan dinner buffets pula around 345,000 VND.
5.Amok di Siem Reap
Amok merupakan resepi tradisi Kemboja. Sejenis sup pekat yang dimasak dengan ikan, ayam, daging, sayuran serta santan kelapa. Kebiasanya ia dimasak secara kukus untuk memelihara aroma dan rasanya yang asli! Anda juga boleh cuba menu lain seperti Lo Lac Sai Co dan Num Pai Kokor.
Selepas letih menjelajah Phnom Penh boleh singgah di Restaurant Asmak 81 ( HALAL ), restoran yang dimiliki orang Islam dan orangnya memang peramah dan sentiasa suka membantu para pelancung, plus servis mereka memang superb!
Tel: +855 81 559 569
Hours: 6.30 am - 10:30 pm
6.Kimchi Bokkeumbap di Busan
Nak makan apa yang selebriti K-Pop anda makan? Jom cuba beberapa menu halal di Busan. Makan tengahari dengan Kimchi Bokkeumbap (Nasi Goreng Kim Chi) bersama menu tambahan Samgyetang (Sup Ayam Ginseng) dan diakhir dengan dessert Kimchi Jeon (Pancake Kimchi) yang bestnyer anda boleh dapatkan bachan (sidedishes) yang boleh refill! Apa macam dah rasa feel K-Pop tu meresap selepas selesai makan? Yang pastinya halal ya. anda boleh cuba di Murree Muslim Food di Itaewoon.
Tel:+82 2-3785-1436
Hours: 10.30am – 11pm
Facebook: Murree Muslim Food
7.Red Curry Pattaya
Pelbagai restoran dan kedai-kedai makan akan bertaburan di seluruh kawasan pantai, akses kepada makanan Halal di Pantai Pattaya mungkin terhad. Untuk pelbagai pilihan makanan Halal, anda boleh melawat beberapa menonjol Halal restoran di Pattaya seperti Pardis , Istana , Ali Makanan & Minuman, Maharaja , India Curry Hut dan Abo Abdullah - yang semua berkhidmat pelbagai menggiurkan indah tambang halal.
8.Niu Rou Mian Taipei
Pergi ke Taiwan tapi tak pernah cuba makanan asli mereka? Anda patut rasa Mee Sup Daging (niu rou mian) sup daging yang berkuah dengan 5 rempah istimewa. Kalau anda ingin rasa kelazatannay boleh cuba di Yunus Halal Restaurant. Makan sup dagingnya pun sahaja sudah sedap tanpa perlu ditambah sos atau kicap bercili, apatah lagi ditambah dengan mee yang lembut bila dihadam lidah. Memang berpeluh selepas dimakan panas-panas.
Tel.: +886-2-2579-0528
Waktu Operasi: 11:30~2:30, 5:00~9:30 PM Everyday
Tips: Ambil MRT line Green dari Taipei dan turun di Taipei Arena Station
Untuk mereka yang food lovers bolehlah terjah dan cuba menu-menu istimewa yang confirm tak sama dengan yang ada di Malaysia. Terasa tekak ni menelan air liur dan tak sabar mencuba resepi istimewa dari 8 tempat ini!
Jom pergi kesana dengan tiket serendah RM8 bersama AirAsia. Boleh cuba Prebook inflight meal, iaitu pakej penerbangan penuh termasuk makanan Halal. Anda boleh lihat disini!.
Dengan mengambil Prebook inflight meal semasa membuat tempahan online anda boleh buat banyak pilihan dan ada peluang untuk makan awal dari orang lain. Lagi satu ia dapat elakkan anda kecewa jika hidangan pilihan anda kehabisan didapur. Yang pastinya harga semasa anda buat tempahan online dengan mereka yang membeli diatas awan amatlah berbeza, disini anda juga boleh buat penjimatan. Jadi ada duit lebih, kita boleh shopping!
Banyak Hidangan Yang Anda Boleh Pilih!
Baiklah! saya nak pergi sediakan patner travel saya, jadual cuti dan buat pelan sampingan tempat-tempat lain yang saya boleh singgah disana. Jangan lupa 18 Julai sehingga 24 Julai 2016 anda boleh standby untuk buat booking cepat-cepat, takut tiket seat laris macam pisang panas!. Rasanya macam nak pergi ke Guangzhou! Anda nak pergi mana pula?