8 Masjid Terindah di Dunia!

Percutian anda mana mana sebagai traveller muslim tidaklah lengkap jika tindak singgah ke tempat yang mulia di bandar tersebut, tambahan pula masjid itu dilawati juga pelancong-pelancong yang bukan beragama islam. Apa yang saya pelajari sekiranya bermusafir di sesuatu tempat sebaiknya singgahlah dimasjid yang berdekatan dengan tempat tersebut dan mulakan perjalanan anda disitu dengan doa masuk bandar. Jom kita lawati 8 masjid yang indah dan terkenal. Mungkin anda boleh masukkan dalam intinerary bila melancong ke bandar tersebut nanti.

1. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (Brunei)
Masjid Omar Ali Saifuddin juga merupakan masjid yang menjadi tarikan pelancongan di Negara Brunei kerana keindahan senibina dan landskapnya yang dikelilingi dengan air. Masjid ini dibina pada tahun 1954 dan siap sepenuhnya pada tahun 1958. Lokasi masjid ini yang berdepan dengan sebuah laguna air berwarna biru membuatkan Masjid Omar Ali Saifuddin ini kelihatan seperti terapung.
Jika pada waktu malam, suasana masjid ini lebih menyerlah dengan sinaran lampu berwarna warni di sekeliling dan lagun air.
Anda boleh sampai di Bandar Seri Begawan dengan AirAsia  dalam masa 2 jam 20 minit sahaja

2. Masjid Kristal (Terengganu)
Masjid ni mula dibina pada tahun 2006 dan siap dua tahun berikutnya dan dibuka secara rasminya pada 8 Februari 2008. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Masjid Kristal bukanlah diperbuat daripada kristal tetapi ia dibina daripada kaca dan terasnya keluli, dan nampak seperti kristal apabila berkilau-kilau disimbahi sinaran mentari. Pada waktu malam pula, masjid ini akan dilimpahi cahaya lampu yang bertukar-tukar warna dan kalo nak nikmati keindahannya boleh jugak nampak kalau lalu atas jambatan Sultan Mahmud tu. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini juga merupakan masjid pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan kemudahan  Wifi untuk membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan ini bagi mengakses internet untuk membaca al-Quran elektronik.

3. Mecca Masjid (Hyderabad)
Mecca Masjid atau Makkah Masjid, adalah salah satu masjid tertua di Hyderabad, Telangana India, dan ia adalah salah satu daripada masjid terbesar di India. Makkah Masjid adalah sebuah bangunan warisan yang disenaraikan di bandar lama Hyderabad, berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah Istana Chowmahalla, Bazaar Laad dan Charminar.
Muhammad Quli Qutb Shah, pemerintah kelima Dinasti Qutb Shahi, memerintahkan supaya bata dibuat daripada tanah yang dibawa dari Mekah, tapak paling suci dalam Islam, dan menggunakannya dalam pembinaan gerbang tengah masjid, sekali gus memberi masjid namanya. Akhirnya dijadikan puat pemerintahan pentadbirannya.

4. Masjid Raya Mosque (Tanjong Pinang, Indonesia)
Masjid Raya Sultan Riau atau disebut juga Masjid Sultan Riau merupakan salah satu masjid tua dan bersejarah di Indonesia yang berada di pulau Penyengat, Kota Tanjung Pinang, di Kepulauan Riau. Masjid ini merupakan salah satu masjid unik karena salah satu campuran bahan bangunan yang digunakan adalah putih telur. Merupakan salag satu pusat perkembangan Islam yang pesat ketika itu.

5. Tokyo Mosque (Tokyo)
Juga dikenali sebagai Masjid Tokyo, sebuah masjid dengan bersebelahan pusat budaya Turki terletak di daerah Oyama-chō Shibuya wad di Tokyo, Jepun. Ia adalah masjid terbesar di Jepun. Masjid ini asalnya dibina bersama-sama dengan sekolah yang bersebelahan pada 12 Mei 1938 oleh Bashkir dan Tatar pendatang dari Rusia yang datang ke Jepun selepas Revolusi Oktober. Ia telah dibuat di bawah arahan Abdurresid İbrahim, Imam pertama masjid, dan Abdulhay Kurban Ali.
Pada tahun 1986, masjid ini terpaksa dirobohkan kerana kerosakan struktur yang teruk. Di bawah arahan dan sokongan Diyanet İşleri Başkanlığı sebuah bangunan baru telah dimulakan pada tahun 1998. arkitek bagi bangunan itu Muharrem Hilmi Senalp. hiasan itu berdasarkan seni bina agama Uthmaniyyah. Kira-kira 70 tukang dari Turki dipanggil untuk menyiapkan masjid ini, dan kuantiti yang besar daripada marmar diimport dari Turki. pembinaan tersebut telah diselesaikan pada tahun 2000 dengan kos kira-kira 1.5 bilion yen. perasmian telah diadakan pada 30 Jun, 2000. Kalau anda melancong ke Tokyo jangan lupa singgah di masjid ini ya..

6. Kowloon Masjid and Islamic Centre (Hong Kong)
Kowloon Masjid dan Pusat Islam atau Masjid Kowloon dan Pusat Islam kedua di kalangan lima masjid utama yang dibina di Hong Kong. Terletak di Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Menelan belanja 25 juta HKD. Boleh memenuhi sehingga 3,500 orang jemaah pada sesuatu masa.

7. Seoul Central Mosque (Seoul, South Korea)
Masjid Pusat Seoul dibuka pada tahun 1976 di Itaewon, Seoul. Ia terletak di Hannam-dong, Daerah Yongsan. Kuliah dibuat dalam beberapa bahasa iaitu English, Arab dan Korea. Solat Jumaat  tetap menarik sehingga 800 jemaah yang sebahagian besarnya adalah daripada keturunan Arab, India,  Pakistan atau Turki . Ia adalah satu-satunya masjid di kawasan bandar Seoul.
Selain itu kurang daripada 30,000 orang Islam asli Korea berasal dari Asia Selatan , Asia Barat (iaitu Iraq), Orang Indonesia dan Orang Malaysia iaitu pendatang di Korea Selatan, yang majoritinya beragama Islam. Mereka telah pekerja asing sejak tahun 1990-an, menjadikan jumlah penduduk Islam di negara ini kepada sekitar 35,000 orang. Kepada mereka yang suka shopping, masjid ini terletak lebih kurang 10 minit dari Pasar Kasut Dongdaemun dengan MRT.

8. Jami Ul-Alfar Mosque (Colombo)
Masjid ini begitu terkenal di bandar Colombo hingga ke luar negara sehingga dijadikan landmark bandar Colombo sejak selesai dibangunkan pada tahun 1909 hingga kini. Masjid tersebut terkenal juga dengan nama masjid Pettah karena berada di daerah Pettah. Etnis Shinhala yang merupakan etnis terbesar di Sri Lanka menyebutnya Rathu Palliya, Etnis Tamil etnis terbesar kedua di Sri Lanka menyebutnya dengan nama Samman Jottu Palli, dalam bahasa Inggris disebut dengan nama Red Masjid, Nama resmi nya adalah Masjid “Jamiul Adhfar” tertulis dengan jelas dalam hurup Arab di hadapan depan masjid (mungkin karena dialek setempat yang menjadikanya berbunyi Masjid Jamiul Alfar atau Jami Ul-Alfar), semua nama itu bermakna “Masjid Merah”. Pengaruh kerajaan islam india yang kuat menjadikan senibinanya sebegitu rupa.

Untuk perjalanan yang jauh sudah tentu anda mementingkan keselesaan kalau ada bajet lebih anda boleh pilih seat premium atau anda boleh pilih ekonomi tapi dengan berdekatan dengan tingkap supaya boleh cuci mata nanti. AirAsia memberikan pilihan untuk anda memilih seat mana yang anda suka. Kalaulah berkunjung dengan orang yang tersayang, baik tempah seat dulu untuk mengelakkan pemisahan dengan orang tersayang. 


Blog Archive